Monday 30 June 2014

Sorry..

Assalammualaikum.. firstly i'm sorry. aku tak bleh nak smbung citer The Cursed Of Love's Forest. sbb incoming exam yang dh dekat sngat.. ahh, senanye esok.. tpi, lain kali aku sambung.. no prob. tpi ade satu citer nilahh yang sumpah buat aku menjerit gila sengsorang depan laptop. aku jumpe citer dekat sumber fanfic yang selalu aku bace.. tengoklahh. ade mase aku copy.. Bye. Assalammuailakum!

Sunday 25 May 2014

The Cursed Love's Forest (Part 3)






Aku membuka mata dan dapati aku masih di hutan itu. Apa dah jadi? Mana Youngjae? Daehyun? Aku bangun dan meneruskan perjalanan di hutan itu. Aku terdengar bunyi air. Aku pergi ke arah bunyi itu dan memang ternyata ada air terjun di situ! Aku menanggalkan gelang tanganku dan meletaknya di atas batu di sebelah ku. Aku basuh mukaku. Memang sejuk dan menyegarkan! Tiba-tiba gelangku terjatuh ke dalam air.
“Alahh, macam mana ni?” kata ku sendirian. Aku mula menangis kerana mama yang berikan aku gelang ini. Aku cinta gila kat gelang ni. Air mataku jatuh ke dalam air. Tanpa fikir panjang, aku terus terjun ke dalam tasik itu. Malangnya, tasik itu lebih dalam dari yang aku sangka. Kakiku tersangkut pada akar-akar pokok dalam tasik itu. Aku panik. Aku meronta-ronta minta pertolongan. Habislah.. bukan ade orang nak tolong pon... mati lemas lah aku jawabnya.. Badanku semakin lemah. Banyak air yang masuk ke hidung dan mulut ku. Aku tak sedarkan diri.
Sedar-sedar aje, ada seorang lelaki mendekatkan mukanya pada mukaku. Terlalu dekat sehingga aku terasa seperti tidak cukup oksigen. Aku pon menolaknya sekuat hati. Lelaki itu terjatuh masuk ke tasik. Dia berpaut di sebalik batu besar. Aku terbatuk-batuk dan banyak air keluar dari mulut ku.
“Woi..! kau nak ambil kesempatan pada aku eh?!” kata ku geram. Aku masih terbatuk-batuk.
“Tak! Tadi awak lemas.. saya cuma… arr, saya cu.. cuba! Haah, saya cuba selamatkan awak je. Maaf kalau saya buat awak terkejut. Aarr, saya cuma nak beri.. beri bantuan.. bantuan pernafasan aje kat awak.. awak nampak lemah sangat tadi..” jawabnya. Aku teringat tentang gelang ku. Aku sebak, Ahh.. gelang tu..
“Hei, kenapa ni..?” tegurnya. Dia berenang mendekatiku.
“Eunhee… cakaplah.. mana tahu saya boleh tolong? Hmm?” katanya.
“Awak siapa? Macam mana awak tahu nama saya?” tanyaku terkejut.
“Saya… Moon Jongup. Salam perkenalan. Err, awak betul-betul tak ingat saya ke?” tanyanya.
“Errr, kita pernah jumpa ke?” tanyaku balik. Mamat ni dah kenapa? Siapa dia ni? Cara dia cakap macam aku kenal dengan dia je. Ke.. dia memang kenal aku? Tapi, sumpah aku tak cam langsung muka dia.
Dia tidak menjawab pertanyaan ku.
“Kenapa awak nampak sedih tadi..? macam nak nangis je. Beritahulah.. mungkin saya boleh tolong..” tanyanya bersama senyuman.
“Gelang saya jatuh dalam tasik ni..” jawabku seraya menunjuk ke arah tasik di depan ku.
“Ohh,, saya tolong ambilkan..” kata Jongup. Dia menyelam ke dalam air dan aku terpanar. Bukan kaki manusia yang aku nampak tapi.. ekor ikan yang agak besar, indah warna biru keunguan, dan bersinar apabila terkena cahaya matahari. Dia.. dia.. ikan duyung ke? Aku cuba menahan gelak agar tidak menggores hatinya. Badan dia tough… tapi… ugh, ekor ikan.
Jongup muncul di permukaan.
“Ni ke gelang awak?” tanyanya sambil menunjukkan gelang emas. Membulat mataku. Gelang emas?? Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. Ada jugak orang tercicir gelang emas kat sini.. cuai betul. Dahlah mahal.
“Tak.. gelang aku gelang manik biasa je..” kata ku. Jongup menyelam kembali. Sekali lagi aku menahan gelak melihat ekornya. Setelah beberapa saat, Jongup timbul lagi di permukaan tasik.
“Ini eh?” tanyanya. Kini, dia menunjukkan gelang perak pula. Esy, kat bawah sana tu ada harta karun ke? Pelik aku..
“Takkkk.. Gelang aku.. gelang MANIK je.”
“So, bukanlah..” Jongup menyelam kembali. Kali ini aku terpaksa menggigit bibir pula.  Aku ni, dah sakit hati tengok ekor dia.. eeh, dia makin galak pulak tenggelam timbul. Aku goreng baru tahu. Sejak itu, banyak kali Jongup timbul dan menanyakan soalan yang same dengan setiap gelang yang berlainan dan semuanya bukan gelang milik ku. Memang sah kat bawah tu ada harta karun. Jongup ni… tak pernah ke dia tengok macam mana gelang manik? Terlalu banyak sangat sehingga aku menerangkan detail gelang aku tu. Well, aku cakap je warna-warni sebenarnya. Aku pon bukan ingat warna apa yang ada.. huhuhu. Tak apa Eunhee, sabar.. sabar..
“Ini gelang awak kan?” tanya Jongup sambil mengajukan gelang manikku.
“Yesssss! Akhirnya kau jumpa jugak gelang aku ni..” kata ku sambil memeluk Jongup. Wait, What???!! Aku cepat-cepat melepaskannya.
“Sorry,, tak sengaja..” ujar ku. Terasa pipiku agak berbahang. Ughh, apa ni Eunhee? Aku menyarungkan gelang itu ke pergelangan tangan ku. Dapat ku lihat muka Jongup yang kemerahan.
“Terima kasih sangat-sangat. Kalau kau tak ada, tak tau lah aku boleh jumpa lagi ke tak dengan gelang kesayangan aku ni..” kata ku.
“Ermm, awak i.. i.. ikan duyung?” tanya ku perlahan. Suara ku seolah-olah tidak keluar. Jongup hanya merenung ku dengan wajah yang muram. Dia tidak menjawab pertanyaan ku.
“Oleh sebab awak sabar dengan apa yang telah terjadi… ini hadiah untuk awak..” Jongup terus memakaikan gelang manik persis seperti milikku tetapi kelihatan lebih indah.
Aku memandangnya. Muka Jongup semakin muram. Tiba-tiba semuanya menjadi gelap. Eh, apa nihh?? Dia tutup mata aku ke? Dia kidnap aku?? Dia jahat ke? Tapi, gaya dia macam dia pernah rapat dengan aku dulu.. Urrrr, Moon Jongup! Siapa kau sebenarnya?!



-----------------------------------------

The Cursed Love's Forest (Part 2)







Aku bangun dari tidur. Huarghhhh, apa dah jadi kat aku semalam eh? Fikirku sambil menguap. Sakit jugaklah badan tidur atas daun kering je. Ohh… aku lari dari rumah… pastu aku jumpa Yongguk… eh, mana Yongguk ah? Aku bangun dan mencarinya kehulur-hilir tapi tak berjumpa. Tiba-tiba perutku berbunyi. Mungkin semalam tu.. aku mimpi je kot. Laparlah pulak. Aku menyeluk kocekku untuk mengambil bekalan gula-gula susuku untuk dimakan namun kocek bajuku kosong. Mana larinya gula-gula susu aku ni? Aku rasa semalam banyak lagi. Aku ternampak bungkusan-bungkusan gula-gulaku berselerak di tanah. Mulutku berbentuk ‘o’. jadi, semalam tu bukan mimpilah.. mana pulak perginya Yongguk ni? Perutku berbunyi lagi. Aku meneruskan perjalananku di hutan itu. Tak sangka aku boleh terjumpa harimau jadian dalam hidup aku. Aku menekan perut, menahan lapar. Setelah hampir 30 minit berjalan, aku terhidu bau yang sangat menyelerakan. Bau seperti roti atau kek yang masih hangat selepas dibakar. Alaaa, macam baru lepas keluar dari oven tu.. mmm…
 Wait… ada ke orang nak bakar kek kat tengah-tengah hutan ni? Tapi.. ahh, peduli apa aku? Aku lapar sangat ni. Kalau aku lapar sangat, meroyan aku.. satu hutan ni terbalik karang. Aku berjalan mengikut arah dari mana datangnya bau yang enak itu sehinggalah aku terjumpa sebuah pondok. Usang? Taklah.. Cantik? Memang taklah.. lagi cantik rumah aku. Ermm.. biasa-biasa je. Tapi sangat kemas dan bersih. Peerutku sekali lagi berkeroncong. Aku terus mengetuk pintu pondok itu. Tak lama kemudian, pintu itu dibuka oleh seorang lelaki yang memakai jubah hitam yang labuh.
“Kau nampak macam lapar.. ermm, macam lapar sangat je.. jomlah masuk.. ada banyak makanan kat dalam..” katanya sambil mempelawa aku masuk ke pondoknya. Aku agak ragu-ragu untuk masuk tapi disebabkan oleh lapar sangat aku masuk juga. Dia menyuruhku duduk di meja makan. Alangkah terkejutnya aku apabila masuk. Keadaan dalam rumah itu sangat menarik. Warna-warni, sweet, cute.. Comellah! Aku nampak ada tangga untuk ke atas. Haaa???? Ni banglo yang disumpah nampak macam pondok ke?? Aku ternganga besar melihat keadaan sekeliling yang langsung aku tak sangka secantik ini. Lelaki itu ke dapur. Aku hanya menunggu lelaki itu menghidangkan aku sesuatu. Aku percaya kat lelaki tu sebab muka dia nampak baik. Macam cheonsa(angel) gitu.. Kalau dia nak apa-apakan aku? Taulah apa aku nak buat nanti. Banyak barang dalam pondok… tak, banglo ni. Boleh aku baling-baling kek ke roti ke caramel ke.. wow, mesti sweet gitu. Hahaha. Cepat-cepat aku mencubit pipiku apabila tersedar yang aku dah mula merapu. Sekarang ni aku nak makan dulu.
“Nah, makanlah.”kata lelaki itu sambil menghulur sepotong kek yang agak besar.
“Woww! Cheesecake!!! Inilah kek favourite aku sepanjang 19 tahun aku hidup kat dunia ni!”kataku sambil tersenyum teruja.
“Terima kasih..Thank you very very much..” ucapku sambil tunduk hormat dan menyanyikan sepotong lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Bestie.
“Eh, takdelah. Terima kasih kat kau..” balasnya sambil tersenyum. Semacam je peliknya aku tengok senyuman dia yang manis bak madu tu. Perutku berbunyi. Aku berasa sangat lapar dan terus menjamah kek itu dengan selera sekali. “Nama kau siapa? Kenapa kau buat banglo kat tengah hutan ni? Tapi kenapa tadi aku tengok rumah kau ni macam pondok je? Rumah kau dah kena cursed ke?” tanyaku. Aku mula mengantuk. Hish tak elok betul, lepas makan nak tidur. Gemuk tau kalau dijadikan amalan. Puuurr..
“Nama aku Daehyun. Sebenarnya, aku ni…” belum sempat dia meneruskan kata-katanya, aku sudah tersengguk-sengguk. Mungkin kekenyangan kot. Dia mengangkatku dan membawaku ke tingkat atas rumah itu. Dia meletakkan aku di atas katil bersaiz single yang sangat empuk. Dia mengucup dahiku sebelum keluar dari bilik itu. Keadaan di bilik itu agak gelap. Kalau aku stay sini sampai malam.. yuuuu, bestlah aku tidur malam ni. Mesti bermimpikan Encik Daehyun tu. Ah, sudah! tak perlu merepek. Baik tidur. 
“Psstt.. Psstt.. Woi. Bangun!! Tak leh tidur sekaranglah! There’s no time for you to sleep! Wake up!” kata satu suara di dalam bilik itu. Aku yang sudah tidak larat untuk membuka mata tetap memaksa untuk mataku terbuka.
“Cis, siapa yang berani kacau Tuan Puteri Eunhee beradu? Beta murka!” kataku,selamba.
“Botak kau, puteri. Tak perlu nak overdose kat sini. Tak sempat!” marah suara itu lagi. Aku cepat-cepat membulatkan mata. So, aku tak mimpilah ni? Aku memandang keliling.
“Dekat sinilah.. depan katil kau baring ni..” kata suara itu. Aku berjalan ke arah depan katil dan terlihat satu sangkar yang besar dan ditutup dengan kain merah. Aku mengalihkan kain tersebut dan terlihat seekor burung kakak tua.
“K..ka..ka..kau ke yang cakap dengan aku?” tanyaku.
“Ya… kau ade nampak orang lain ke kat si…”
“Takde.. burung je aku nampak…” potongku.
“E’eh budak ni. Saje je nak sakitkan hati aku kan?” marahnya. Eh, dah memang dia burung kan? Nak marah-marah pehal? Aku sembelih kang!
“Cepat, kita dah tak ada masa. Kalau kau tidur tadi, esok pagi masa kau bangun.. mesti kau dah jadi burung macam aku sekarang ni.. hanya buku mantera ahli sihir tu je yang boleh hilangkan sumpahan ni..”terangnya. Ohh.. patutlah dia marah tadi.. dia manusia rupanya.. tak cakap awal-awal. Tapi….
“Eh, apa yang kau merepek ni? Ahli sihir apa?”tanyaku pelik.
“Ish, kau ni… Daehyun tu lah ahli sihir.. apelah kau ni.. makanan yang kau makan tadi dah dibaca mantera. Sebab tu lah kau terus rasa ngantuk..”katanya.
“Yeke? Takkan lah muka angel macam tu ahli sihir kut..” kataku. Biar betul burung ni.. oppss! Sooorryy.. Tapi, aku takut jugak kalau ape yang dia cakap tu betul. Aku kena sediakan payung sebelum hujan.
“Don’t judge the book by it’s cover…”katanya, sinis.
“Okey.. habistu macam mana nak hilangkan sumpahan ni?”tanyaku.
“Kan aku dah cakap tadi. Fine, macam ni.. kau turun ikut slide kat sebelah aku ni.. pastu kau akan jumpa dapur. Kalau tak silap aku, buku tu ada kat dapur. Kau kena hafal mantera untuk keluar dari rumah ni dan.. untuk hilangkan sumpahan ni sekali. Ohh..oh.. jangan lupa jugak untuk ambil magic stick yang ada sekali dengan buku tu. Tanpa magic stick tu, magic takkan menjadi” terangnya panjang lebar.
Kenapa tak guna pintu bilik je untuk turun? Aku berjalan ke arah pintu dan memusingkan tombol. Terkunci. Oh! Nooooo.. apa yang dia cakap tu betul.. mungkin Daehyun tu memang jahat orangnya.
“Oiit.. Kat sinilah! Degil betul” katanya sambil menunjuk ke arah pintu slide kecil disebelahnya. Aku tersenyum malu sambil berjalan ke arah pintu kecil itu.
“Hah, one more! Kau jangan menjerit time turun tu.. nahas lah kalau kau jerit. Kau tak boleh keluar dari rumah ni, aku pon tak boleh keluar dari sini..” pesannya.
Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan aku turun melalui slide itu. Nasib baik aku landing kat atas timbunan cadar yang lembut. Taklah terasa sakit ataupun berbunyi. Aku mengintai-intai kawasan dapur. Gaya ku sekarang ni tak ubah macam ejen perisik rahsia. Hahaha. Aku terlihat magic stick itu di atas meja dapur lalu mengambilnya. Buku tu pon aku jumpa. Senang je rupanya nak cari buku dengan magic stick ni.. Tapi, masalah besarnya sekarang ni adalah…… Daehyun sedang tidur di situ sambil memeluk buku tu!! Aku fikirkan cara untuk mengambil buku itu. Aku membuka almari perlahan-lahan. Nasib baik almari dia tak berbunyi macam kat rumah aku.. Yess,, aku dah dapat idea. Aku mengambil kotak cereal yang berada di situ dan dengan perlahan-lahan aku tukarnya dengan buku itu. Good! Dia ni tidur mati rupanya. Kalau ada bom kat sebelah pon tak sedar agaknya. Aku buka buku tersebut dan berhenti pada halaman ‘Keluar daripada rumah manisan’. Laaa, ni rumah manisan ke? Patutlah sweet je. Aku terjumpa mantera untuk cheesecake. Ia tertulis begini..:

“ Kalau nak keluar dari rumah ini… anda perlu membaca ‘Escapehereragu’… Tapi, kalau anda dah berubah menjadi kakak burung tua akibat memakan kek keju.. anda harus pecahkan sumpahan itu dahulu sebelum keluar dari rumah ini… anda perlu mendapatkan seseorang untuk membantu anda… orang itu perlu memegang kepak, maksudnya tangan anda dan membaca mantera berikut… ‘(nama anda) iwannabackhome’.. ”

Aku menutup buku tersebut dan memanjat slide itu. Nasib baik ade pemegang dalam tu. Sebenarnya, sakit jugak masa turun tadi terlanggar benda alah tu..
“Macam mana? Ingat tak apa manteranya? Dapat magic stick tu?” dia menanyaku sebaik sahaja aku tiba di atas. Aku mengangguk..
“Keluarkan dulu aku dari sangkar ni. Rimas!” arahnya. Aku terus mengeluarkannya dari sangkar itu.
“Hah, baca cepat mantera tu.” Arahnya lagi. Eh, dia ni.. dah macam papa tiri aku pulak. Mengarah aje kerjanya.
“Kejap… apa manteranya tadi??” aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Aduh… sayangnyaaaa aku kat kau.. kau tak hafal ke??!”tanyanya.
“Hahaha… aku main-main jelah..” kataku sambil tergelak kecil.
“Tertulis kat buku tu..kalau nak keluar kena pecahkan sumpahan burung ni dulu.. errr, kau sebenarnya manusia eh?”ujarku.
“Aku ingat kau dah tahu masa aku cakap tadi.. atau kau sengaja nak bagi aku frust? Yelah~ aku manusia. Kau ingat aku apa?”katanya.
“Aku ingatkan kau burung ajaib ke.. hahahaha… salah heh? Errr, sorry.. aaahh, nama kau?” tanyaku. Okey, ayat pertama tu tipu… huhuhu.
“Mesti kau tak ingat aku langsung..”katanya perlahan.
“Hah? Apa dia?” tanyaku inginkan kepastian.
“Ahh, tak.. tak ada papelah. Nama aku Yoo Youngjae.. panggil aku Youngjae je.” Jawabnya.
“Apa lagi yang ditulis kat buku tu?” tanya Youngjae.
“kat buku tu tulis.. kalau nak pecahkan sumpahan tu kena baca mantera sambil pegang kepak.. eh, tak.. maksud aku tangan. Lepastu, baru boleh baca mantera untuk keluar dari rumah ni.” Terangku sambil tersengih. Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di bawah. Hah, mungkin Daehyun dah bangun kot. Youngjae menghulurkan kepaknya ke arah ku. Aku terdengar Daehyun membebel-bebel di bawah. Mungkin mencari Magic stick yang berada di tanganku sekarang ni. Aku memegang kepak Youngjae.
“Youngjaeiwannabackhome” kataku sambil menghalakan magic stick ke arah Youngjae. Tiba-tiba ada cahaya dari badan Youngjae. Dia berubah menjadi seorang manusia. Tidak berkelip aku memandangnya. Handsomenyaaaa!!! Terasa hangat tangannya memegang tanganku. Hatiku berdegup laju. Aku terdengar derapan kasut menaiki tangga.
“Aku tahu aku handsome. Tak perlu pandang aku macam tu. Cepat baca mantera seterusnya!” katanya sambil membuat muka.
“Okey,okey.. ahh ape ah tadi? Oh! Escapehereragu.”kataku apabila terlihat muka Daehyun di muka pintu. Tiba-tiba semuanya jadi gelap. Apa dah jadi? Aku salah baca mantera ke? Kehangatan tangan Youngjae semakin menghilang.


-----------------------------------------

Monday 5 May 2014

The Cursed Love's Forest (Part1)





Annyeong!

“Jahanam! Mentang-mentanglah kau boleh mengarah aku macam-macam, kau buli aku macam ni.!” geramku. Tanganku ligat membasuh pinggan. Mamaku tiada dirumah, jadi aku terpaksa tinggal dirumah bersama papa tiri aku.

“Yahhh..!! Eunhee!! Kau dah basuh baju aku ke belum?? Lembap betullah kau ni!”jerit papa tiriku.

Hish, satu dunia boleh dengar ye..!! ape, dia ingat rumah ni kat tengah hutan ke ape? Tapi, memang belakang rumah ni hutan pon..  Ya… dialah insan yang paling aku benci kat muka bumi ni. Nama papa tiri aku yang terjerit-jerit tu, Kim Himchan. Well, kadang-kadang kalau difikirkan, dah terasa macam Cinderella pulak nasib aku. Tapi, bila difikirkan balik, memang taklah! Sebab.. aku ni bukanlah jenis yang lemah lembut tahap gemalai tu.. nak suruh aku berlembut dengan mamat tu..??? urgh.. memang taklah. Kenapa aku benci sangat dengan dia?? Ehem ehem~ meh sini aku explain..

*(flashback)* Sejak aku kemalangan 2 tahun yang lepas, aku koma.  Aku langsung tak ingat satu benda hapak pon. Sedar-sedar je, ade sorang akak ni nangis-nangis kat sebelah katil aku bila nampak aku dah sedar. Kakak tu cakap, dia mama aku. Whooaahhh… muda kott… time tu memang aku tak boleh ingat apa pon so, aku terima je. Mungkin mama aku tu awet muda. Aku cuba pulak tanya, papa mana. Mama tak jawab. Beberapa hari kemudian, bila aku dah keluar wad, mama bawak aku jumpa papa. Rupanya, papa ada kat hospital yang sama dengan aku. Aku pernah tanya mama, apa penyakit papa. Kanser. Itu je yang mama cakap. Aku nak tanya lebih lanjut pon tak sampai hati, sebab setiap kali sebut fasal papa, mama akan sebak. Sejak hari tu, aku selalu melawat papa kat hospital. Mama kata, papa suka bunga rose yang warna ungu. Pelik jugak aku, mana nak cari bunga rose warna ungu? Tapi, mama kata ada satu kedai yang jual bunga tu dan… aku berjaya jumpa bunga yang papa suka. Setiap kali aku melawat papa, aku akan berikan bunga rose ungu dan untuk balasannya, papa akan berikan aku gula-gula kegemaranku, gula-gula susu Mwooo.. hahaha. Entah kenapa, aku rasa something setiap kali aku makan gula-gula susu tu. Papa cakap, dulu aku suka sangat gula-gula tu. Aku hanya tersenyum. Pada suatu hari, masa dalam perjalanan balik selepas melawat papa, aku nampak seorang pemuda menarik lengan mamaku.
“AKU CAKAP TAK NAKLAH! KAU BERAMBUS DARI SINI! KALAU KAU NAK BALIK DUIT KAU, NANTI AKU BAYARLAH! PERGI!” tengking mamaku. Aku hanya menyorok di sebalik dinding dan memerhatikan dari jauh. Pemuda itu membisikkan sesuatu ditelinga mamaku sambil tersenyum sinis. Air muka mamaku berubah pucat. Pemuda itu meninggalkan mamaku.
“Apa??!! Mama pinjam duit dari mamat tu??”
“RM 57000???!!” tanyaku tidak percaya. Mama hanya mengangguk.
“Then, sekarang mamat tu suruh mama kahwin dengan dia??” tanyaku lagi.
“Ya.. tapi Eunhee jangan jumpa dengan budak tu.. mama takut dia apa-apakan Eunhee..”kata mamaku. Beberapa minggu kemudian, semasa melawat papa, aku tiba-tiba pulak rasa nak pergi ke tandas, Urgent!! Aku nak keluar pergi tandas tapi, papa sempat memegang tanganku.
“Temankan papa kejap.”kata papaku.
“Alah pa.. kejap je, urgent ni.. nanti Eunhee datang balik.. papa kira sampai 10, confirm Eunhee kat sebelah papa nanti.”kataku sambil meleraikan pegangan papaku dan berlari menuju ke tandas. Bila aku datang balik kat wad papa, ada orang kat dalam. Aku menjengket untuk melihat siapa di dalam. Seorang lelaki tersenyum di hadapan papaku lalu berjalan menuju ke arah pintu. Aku cepat-cepat menyorok dan memerhatikan lelaki itu pergi dari situ. Kemudian, aku terus masuk ke wad papa. Papa tengah tidur. Perlahan-lahan aku memegang tangan papa. Sejuk! Mukaku berubah pucat. Aku segera memanggil doktor. Papa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. Puncanya masih disiasat. Apa yang aku dengar ialah papaku dibunuh… tapi, siapa yang bunuh papaku? Lelaki tadi tu ke?
Sejak kematian papa, mama nekad berkahwin dengan pemuda itu. Entah apa sebabnya aku pon tak tahu. Pemuda itu dengan mama beza umur hampir 15 tahun. Manakala beza umurku dengan pemuda itu hanya 5 tahun. Selepas perkahwinan mama, baru aku dapat tengok muka pemuda atau lebih tepat papa tiriku itu dengan jelas. Memang ya! Dialah lelaki yang aku nampak masa kat wad papa dulu. Apa hubungan dia dengan papa? Aku cuba tanya mama.
“Maafkan mama sebab buat Eunhee macam ni… sebenarnya, memnag lelaki tulah yang bunuh papa. Dia pernah ugut mama, kalau mama tak kahwin dengan dia.. dia akn bunuh papa kamu. Mama takut sangat, tapi mama taknak sebab mama sayang sangat dengan papa kamu.. sebab tulah mama kahwin dengan dia sekarang, mama takut dia akan apa-apakan kamu pula..tapi mama dah buat perjanjian kalau kita dapat bayanr balik RM 57000 tu, dia akan cerai dengan mama.”terang mama. Aku mengetap bibir, geram!
“Dahlah kau bunuh papa aku! Pastu kau nak rampas keluarga yang baru aku nak rapat ni.. tak cukup lagi… kau nak jadikan aku dengan mama hamba kau pulak..!” gumamku.
*(endflashback)*

Kalau ikutkan hati aku.. nak aje aku report kat polis. Tapi mama halang. Aku faham, mesti mama ada sebabnya sendiri. Nak buat macam mana? Terpaksalah aku mengharungi hidup aku dengan orang yang aku paling benci ni!

“Woi..! termenung aje. Lembap. Kerja tak siap-siap! Pergi gilap kasut aku! Aku nak keluar ni! Cepat!” tengkingnya sejurus menarik lenganku ke muka pintu.
“Cepatlah! Dah lambat ni!” arahnya lagi.

Hesy, naik bingit teling aku. Menjerit aje kerjanya. Kang rosak throat kau baru tahu. Aku terus mencapai sepasang kasut untuk digilap.

“Woi. Woi. Bukan yang tu! Ambik ni! Aku nak kau gilap kasut aku ni sampai berkilat. Lagi berkilat daripada jam emas aku yang ori ni..!”katanya sambil mencampak kasutnya ke mukaku kemudian memandang jam tangannya. Huh, kilatlah ‘sangat’! Dengan geramnya aku menggilap kasutnya.
“Tak reti berlemah lembut langsung! Rosaklah kasut aku yang mahal tu. Cuba aku gilap kau kasar macam tu! Meh sini!” marahnya seraya merampas kain ditanganku. Dia mencengkam mukaku.

“Woi!! Eiiii.. lepaslah! Sakit tau tak!! Lepas!!”aku menepis tangannya.
“Haaa.. tau pon sakit!! Gilap elok sikit!” marahnya dan melepaskan cengkaman pada mukaku dan mangambil kasut lain terus berlalu pergi.

What??!!! Huh! Aku mencampak kasutnya dengan kasar. Terasa ingi pijak-pijak je kasut tu. Tapi, aku ingat pesan mama, jangan cari fasal dengan mamat tu. Sewel agaknya lelaki tu, nak pakai kasut lain, suruh aku gilap kasut lain. Sebenarnya saja nak dera muka aku yang innocent ni kan?? Sakit muka aku! Dahlah kasut tu pon campak kat muka aku! Kalau ye pon, campaklah kat lantai. Aku pergi ke dapur dan terlihat sticky note pada peti ais. ‘Harini mama balik malam’ Jadi aku kena siapkan makan tengah hari. Oh, dan makan malam untuk mama sekali. Lelaki tu? Pandai-pandailah dia hidup.
Kerja rumah aku kena buat semua. Mama busy cari duit. Papa tiri aku tu pulak asyik melepak je memanjang. Sedang aku memotong lobak, aku terasa seperti sesorang memelukku dari belakang. Mama? Tak, mama tak tough macam ni. Ada orang salah masuk rumah ke? Dia meletakkan dagunya di bahuku.

“Malam ni, you nak masak apa untuk I?” bisiknya di telingaku.

Jantungku berdegup kencang. Aku melihat wahnya perlahan-lahan. WHAT THE???!!! Himchan tersenyum. Dia ni dah kenapa… buang tebiat ke apa? Aku dahlah tengah pegang pisau ni. Kang aku toreh muka kau, baru tau! Ni yang rase macam gunung berapi nak meletup ni.. aku terus meleraikan pelukannya dan menolaknya ke belakang.

“Woow..woow.. hesy, apa ni you.. its dangerous.” Dia terus mencengkam tanganku dan mengambil pisau dari tanganku. Dia memeluk pula pinggangku dengan kemas. Mukanya dirapatkan dengan mukaku. *PPangggg!!!* aku tersenyum puas… ohh, good.. akhirnya aku dapat tampar mamat sewel ni. Padan muka kau, hari ni kau makan penangan superb aku.. Himchan meletakkan sebelah tapak tangannya dipipi yang ku tampar tadi dan melihatku dengan api yang membara pada bola matanya. Dia memegang pergelangan tanganku erat dan menarikku. Aku cuba menggigit tangannya, namun tak berjaya. Dia terlalu kuat untuk aku lawan. Aku meronta-ronta, entah bagaimana pergelangan tanganku terlepas daripada pegangannya. Aku terus berlari masuk ke bilik dan dia mengejarku. Belum sempat aku menutup pintu bilik dia sudah menolak pintu bilik dengan kuat sehingga aku terdorong ke belakang. Arhh.. sekarang baru aku sedar. I had made a wrong move. Kenapa aku lari masuk bilik? Sebab bilik sekarang ni langsung tak boleh membantu. Kenapa tak lari keluar rumah??? Ahhh!
Dia terus masuk ke bilikku. Himchan terus mencampakku ke katil dan mengunci pintu bilik. See?? I’m traped! Habislah.. tamatlah riwayat aku sekejap lagi. Mesti badan aku berbirat dengan kesan tali pinggang. Mesti tali pinggang dia hinggap kat badan aku. Mama! Mama! Dia terus meluru ke arah ku dan mendakapku. Aku tak fikir apa-apa, apabila tanganku tercapai lampu tidur yang agak berat, aku terus memukulnya. Mungkin aku pukul kuat sangat, dia tidak sedarkan diri. Yohoo.. aku hebat! Peluang ini aku gunakan untuk larikan diri. Aku melilau memandang sekeliling. Aku berlari ke arah pintu dan aku cuba memulas tombolnya tapi hampa, dia benar-benar mengunci pintu bilik ini. Aku cuba mencari kunci yang terjatuh di lantai tapi tidak jumpa. Himchan mula sedar. Oh, Panik. Aku terpandang tingkap. Ah lantaklah. Asalkan aku keluar dari sini. Nasib baik muat, aku terus berlari menuju masuk ke dalam hutan di belakang rumahku itu. Aku takut. Air mataku mengalir deras. Pelbagai persoalan berada di fikiranku. Aku terus berlari walaupun petang itu gerimis.

Tubuhku basah kuyup. Terasa sejuk mencengkam ke tulang. ‘Kenapa dengan papa tiri aku tu? Otak dia dah terbalik ke? Tiba-tiba aje serang aku macam tu.’ Aku berhenti sebentar dan duduk di bawah sebatang pokok. Aku menangis lagi. Aku teringat papa.
“Kenapa papa tinggal Eunhee? Kenapa Eunhee kene hidup dengan himchan sewel tu? Kenapa Eunhee? Kenapa? Kenapa? Eunhee tak suka semua ni!”

*GGRRRRR* tiba-tiba aku terdengar bunyi. Entah binatang apa yang berbunyi petang-petang macam ni.. buat aku takut je. Aku berdiri lalu berlari anak daripada tempat itu namun bunyinya semakin kuat. Aku terdengar pula bunyi seperti ngauman harimau. Aku mula berasa amat takut. Aku menambah kelajuan larianku tapi bunyi itu kedengaran semakin kuat seolah-olah binatang itu sedang mengejarku di belakang. Aku memandang belakang. Terkedu. Kaki ku pula tersadung akar pokok dan terjatuh meniarap. Sakit tu memang sakitlah. Aku memusingkan badan. Seekor harimau yang besar dan berwarna merah menerkamku. Tapi, dia hanya memerhatikanku dengan garang. Kejap, merah??? Pelik dan menakutkan! Aku menutup mata sambil bibirku terkumat-kamit meminta agar harimau itu tidak memakanku. Tapi… walaupun aku tidak membuka mata, aku merasakan perubahan saiz binatang yang di atasku ini.

“Urmmm, laparlah..”ucap satu suara. Suara siapa pulak? Aku membuka mata perlahan-lahan. Fulllaaammaakkk!! Siapa pulak lelaki rambut merah ni? Asal dia yang kat atas aku? Bukan tadi harimau ke? Aku cepat-cepat menolak lelaki itu ke tepi dan dan menyorok di belakang pokok sambil mengintai lelaki itu. Lelaki itu duduk sambil mengerdipkan matanya berulang kali. Dia nak buat mata blink blink ke? Aku meraba-raba untuk mencari kayu atau batu untuk menjadi perisai. Tapi, yang hanya kukesan ialah daun kering. Lelaki itu ternampak aku dan merangkak ke arahku. Alamak, dia datang. Aku menyeluk kocek bajuku untuk mencari sesuatu yang boleh dicampak kepadanya. Aku terpegang bungkusan gula-gula susu dan tanpa berfikir panjang, aku terus campak bungkusan itu kepadanya. Dia terus menghidu bungkusan tersebut dan bermain-main dengannya. Dah macam kucing pulak aku tengok. Oh iye, dia kan Big Cat. Aku hanya memerhatikan gelagatnya dari jauh. Dia menggigit-gigit bungkusan itu. Alololoh.. dia tak reri ke nak makan gula-gula? Tiba-tiba perutnya berbunyi. Aku tergelak kecil.
“laparlah..” katanya sambil membuat muka.
Hesy. Sian plak. Meh aku tolong bukakan gula-gula tu. Aku perlahan-lahan bergerak ke arahnya.
“A.. aw.. awak janji tak makan saya..” aku kata sambil menunjukkan jari kelingkingku.
“Urmmm..”balasnya sambil tersenyum. Tapak tangannya diletakkan di atas jari kelingkingku. Sekali lagi aku tergelak sambil menggelengkan kepala. Dia ni alien eh? Benda ni pon tak tahu? Aku mengambil tangannya dan mengaitkan jari kelingkingnya pada jari kelingkingku. Aku bukakan bungkusan gula-gula susu tersebut dan menghulur padanya. Dia menghidu-hidu gula-gula tersebut lalu menjilatnya. Lahhhh, habis tapak tangan aku dia jilat sekali. Ngeeee… nasib baik dalam kocek aku ada beberapa lagi bungkus gula-gula. Boleh aku makan nanti.
“Awak se..se..sebenarnya siapa? Nama.. awak?” tanyaku.
“Ermm, saya Yongguk. Bang Yongguk.. sebenarnya… saya ni harimau jadian. Bila ada cahaya matahari, saya akan jadi harimau. Waktu malam.. saya jadi manusia.” Selamba dia menjawab. Lantaklah dia spesies apa pon. Asalkan dia boleh temankan aku malam ni. Aku tak nak balik jumpa papa tiri aku tu.. tapi…. Aku rindu mama! Mesti mama risau.. malam semakin gelap dan aku semakin mengantuk. Aku hampir tertidur. Tiba-tiba terasa badanku diangkat. Yongguk mengangkatku dan meletakku berdekatan dengan sebatang pokok. Dia membelai lembut rambutku kemudian tanpa kusangka, dia mencium perlahan pipiku. Yongguk kemudiannya duduk disisiku sambil bersandar pada pokok tersebut. “Eunhee.. awak mesti tak ingat saya kan?”katanya dengan sedih. Aku membuka sedikit mataku untuk melihat reaksinya. Air matanya mengalir perlahan di pipinya. Aku rasa serba salah. Macam mana dia tahu nama aku Eunhee? Aku kenal dia ke sebelum ni? Kenapa dia sedih sangat? Kemudian, semuanya menjadi gelap..

-----------------------------------------

* To Be Continued *

Sunday 4 May 2014

The Cursed Love's Forest..

Assalammualaikum...!! Jemah oh! Jemahh!!..
Haaa, aku kembali... hohohohohoho.. Bersama mimpi yang indah(bagi aku lah), aku akan bercerita.. ugh, aku dah merepek. okey. daripada mimpi.. aku jadikan cerita. 
Tajuknyaaaaa..*Buat gaya 'Muuunjae Oppaaa'
Jeng,jeng,jeng.................


The Cursed Love's Forest..


KARAKTER:-

1) Kim Eunhee
2) Kim Himchan (bapa tiri kejam)
3) Bang Yongguk (harimau jadian)
4) Jung Daehyun (ahli sihir)
5) Yoo Youngjae (burung kakak tua .__.)
6) Moon Jongup (ikan duyung??!!)
7) Choi Jun Hong-Zelo (tin woodman --*)






Kim Eunhee
Kim Himchan
Bang Yongguk
Jung Daehyun
Yoo Youngjae
Moon Jongup
Choi Jun Hong- Zelo











 KARAKTER TAMBAHAN:-

1) Kim Soohyun (abang Eunhee, pemburu)
2) Yoon Bomi (adik Youngjae, kawan Eunhee)
3) Ricky (budak sekolah 1)
4)Peniel (budak sekolah 2)







Kim Soohyun


Yoon Bomi

 
Ricky

Peniel


Nantikanlah..........................

Sinopsis:-

"Kenapa kena pilih salah satu??? mereka semua...??" tangis Eunhee.
"Ya.. hanya satu..! pilih!" desak Suara itu.
"Takkk!! Takk Bolehhh! Apa akan jadi kepada yang lain??"
"Mereka akan kekal begitu.. hanya itu."
"Tapi, aku tak ingat apa-apa!! macam mana aku nak pilih???!!"
"Pilih sahaja!" desak suara itu lagi. Eunhee terus menangis..
"Baiklah.. aku bagi masa 24 jam untuk kau.. aku akan pinjamkan memori lampau kau.."

Semakin kelam dan kelam..
Eunhee tiba di suatu tempat..........

*Coming Soon*

Thursday 17 April 2014

Here The Mukadimah Of Nonsense Post Selepas This

Assalammualaikum.. huoooiitttt.. hahahaha.
Annyeong!! I'm Auni. love to create a lot of crazy stories..
Semua cerita yang aku buat ade yang membosankan, menggelikan maybe, merepek meraban, tak logik pon ye.. dan banyak lagilah..
But I'll try my best to tidak membuat semua cerita yang merangkumi perkara di atas.. hahahaha.. Bye..
Esok2 tengoklah, kalau sempat aku buat lah cerita.. kekadang ade cerita pasal harian aku jugak XD

Sorry blog aku buruk. tengah malas nak buat ni. So, lain kali aku edit erkk..
:P

Bye