 |
| Annyeong! |
“Jahanam! Mentang-mentanglah kau
boleh mengarah aku macam-macam, kau buli aku macam ni.!” geramku. Tanganku
ligat membasuh pinggan. Mamaku tiada dirumah, jadi aku terpaksa tinggal dirumah
bersama papa tiri aku.
“Yahhh..!! Eunhee!! Kau dah
basuh baju aku ke belum?? Lembap betullah kau ni!”jerit papa tiriku.
Hish, satu dunia boleh dengar
ye..!! ape, dia ingat rumah ni kat tengah hutan ke ape? Tapi, memang belakang
rumah ni hutan pon.. Ya… dialah insan
yang paling aku benci kat muka bumi ni. Nama papa tiri aku yang terjerit-jerit
tu, Kim Himchan. Well, kadang-kadang kalau difikirkan, dah terasa macam
Cinderella pulak nasib aku. Tapi, bila difikirkan balik, memang taklah! Sebab..
aku ni bukanlah jenis yang lemah lembut tahap gemalai tu.. nak suruh aku
berlembut dengan mamat tu..??? urgh.. memang taklah. Kenapa aku benci sangat
dengan dia?? Ehem ehem~ meh sini aku explain..
*(flashback)* Sejak aku
kemalangan 2 tahun yang lepas, aku koma.
Aku langsung tak ingat satu benda hapak pon. Sedar-sedar je, ade sorang
akak ni nangis-nangis kat sebelah katil aku bila nampak aku dah sedar. Kakak tu
cakap, dia mama aku. Whooaahhh… muda kott… time tu memang aku tak boleh ingat
apa pon so, aku terima je. Mungkin mama aku tu awet muda. Aku cuba pulak tanya,
papa mana. Mama tak jawab. Beberapa hari kemudian, bila aku dah keluar wad, mama
bawak aku jumpa papa. Rupanya, papa ada kat hospital yang sama dengan aku. Aku
pernah tanya mama, apa penyakit papa. Kanser. Itu je yang mama cakap. Aku nak
tanya lebih lanjut pon tak sampai hati, sebab setiap kali sebut fasal papa,
mama akan sebak. Sejak hari tu, aku selalu melawat papa kat hospital. Mama
kata, papa suka bunga rose yang warna ungu. Pelik jugak aku, mana nak cari
bunga rose warna ungu? Tapi, mama kata ada satu kedai yang jual bunga tu dan…
aku berjaya jumpa bunga yang papa suka. Setiap kali aku melawat papa, aku akan
berikan bunga rose ungu dan untuk balasannya, papa akan berikan aku gula-gula
kegemaranku, gula-gula susu Mwooo.. hahaha. Entah kenapa, aku rasa something
setiap kali aku makan gula-gula susu tu. Papa cakap, dulu aku suka sangat
gula-gula tu. Aku hanya tersenyum. Pada suatu hari, masa dalam perjalanan balik
selepas melawat papa, aku nampak seorang pemuda menarik lengan mamaku.
“AKU CAKAP TAK NAKLAH! KAU
BERAMBUS DARI SINI! KALAU KAU NAK BALIK DUIT KAU, NANTI AKU BAYARLAH! PERGI!”
tengking mamaku. Aku hanya menyorok di sebalik dinding dan memerhatikan dari
jauh. Pemuda itu membisikkan sesuatu ditelinga mamaku sambil tersenyum sinis.
Air muka mamaku berubah pucat. Pemuda itu meninggalkan mamaku.
“Apa??!! Mama pinjam duit dari mamat
tu??”
“RM 57000???!!” tanyaku tidak
percaya. Mama hanya mengangguk.
“Then, sekarang mamat tu suruh
mama kahwin dengan dia??” tanyaku lagi.
“Ya.. tapi Eunhee jangan jumpa
dengan budak tu.. mama takut dia apa-apakan Eunhee..”kata mamaku. Beberapa
minggu kemudian, semasa melawat papa, aku tiba-tiba pulak rasa nak pergi ke
tandas, Urgent!! Aku nak keluar pergi tandas tapi, papa sempat memegang
tanganku.
“Temankan papa kejap.”kata
papaku.
“Alah pa.. kejap je, urgent ni..
nanti Eunhee datang balik.. papa kira sampai 10, confirm Eunhee kat sebelah
papa nanti.”kataku sambil meleraikan pegangan papaku dan berlari menuju ke
tandas. Bila aku datang balik kat wad papa, ada orang kat dalam. Aku menjengket
untuk melihat siapa di dalam. Seorang lelaki tersenyum di hadapan papaku lalu
berjalan menuju ke arah pintu. Aku cepat-cepat menyorok dan memerhatikan lelaki
itu pergi dari situ. Kemudian, aku terus masuk ke wad papa. Papa tengah tidur.
Perlahan-lahan aku memegang tangan papa. Sejuk! Mukaku berubah pucat. Aku segera
memanggil doktor. Papa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. Puncanya
masih disiasat. Apa yang aku dengar ialah papaku dibunuh… tapi, siapa yang
bunuh papaku? Lelaki tadi tu ke?
Sejak kematian papa, mama nekad
berkahwin dengan pemuda itu. Entah apa sebabnya aku pon tak tahu. Pemuda itu
dengan mama beza umur hampir 15 tahun. Manakala beza umurku dengan pemuda itu
hanya 5 tahun. Selepas perkahwinan mama, baru aku dapat tengok muka pemuda atau
lebih tepat papa tiriku itu dengan jelas. Memang ya! Dialah lelaki yang aku
nampak masa kat wad papa dulu. Apa hubungan dia dengan papa? Aku cuba tanya
mama.
“Maafkan mama sebab buat Eunhee
macam ni… sebenarnya, memnag lelaki tulah yang bunuh papa. Dia pernah ugut
mama, kalau mama tak kahwin dengan dia.. dia akn bunuh papa kamu. Mama takut
sangat, tapi mama taknak sebab mama sayang sangat dengan papa kamu.. sebab
tulah mama kahwin dengan dia sekarang, mama takut dia akan apa-apakan kamu
pula..tapi mama dah buat perjanjian kalau kita dapat bayanr balik RM 57000 tu,
dia akan cerai dengan mama.”terang mama. Aku mengetap bibir, geram!
“Dahlah kau bunuh papa aku!
Pastu kau nak rampas keluarga yang baru aku nak rapat ni.. tak cukup lagi… kau
nak jadikan aku dengan mama hamba kau pulak..!” gumamku.
*(endflashback)*
Kalau ikutkan hati aku.. nak aje
aku report kat polis. Tapi mama halang. Aku faham, mesti mama ada sebabnya
sendiri. Nak buat macam mana? Terpaksalah aku mengharungi hidup aku dengan
orang yang aku paling benci ni!
“Woi..! termenung aje. Lembap.
Kerja tak siap-siap! Pergi gilap kasut aku! Aku nak keluar ni! Cepat!”
tengkingnya sejurus menarik lenganku ke muka pintu.
“Cepatlah! Dah lambat ni!”
arahnya lagi.
Hesy, naik bingit teling aku.
Menjerit aje kerjanya. Kang rosak throat kau baru tahu. Aku terus mencapai
sepasang kasut untuk digilap.
“Woi. Woi. Bukan yang tu! Ambik
ni! Aku nak kau gilap kasut aku ni sampai berkilat. Lagi berkilat daripada jam
emas aku yang ori ni..!”katanya sambil mencampak kasutnya ke mukaku kemudian
memandang jam tangannya. Huh, kilatlah ‘sangat’! Dengan geramnya aku menggilap
kasutnya.
“Tak reti berlemah lembut
langsung! Rosaklah kasut aku yang mahal tu. Cuba aku gilap kau kasar macam tu!
Meh sini!” marahnya seraya merampas kain ditanganku. Dia mencengkam mukaku.
“Woi!! Eiiii.. lepaslah! Sakit
tau tak!! Lepas!!”aku menepis tangannya.
“Haaa.. tau pon sakit!! Gilap
elok sikit!” marahnya dan melepaskan cengkaman pada mukaku dan mangambil kasut
lain terus berlalu pergi.
What??!!! Huh! Aku mencampak
kasutnya dengan kasar. Terasa ingi pijak-pijak je kasut tu. Tapi, aku ingat
pesan mama, jangan cari fasal dengan mamat tu. Sewel agaknya lelaki tu, nak
pakai kasut lain, suruh aku gilap kasut lain. Sebenarnya saja nak dera muka aku
yang innocent ni kan?? Sakit muka aku! Dahlah kasut tu pon campak kat muka aku!
Kalau ye pon, campaklah kat lantai. Aku pergi ke dapur dan terlihat sticky note
pada peti ais. ‘Harini mama balik malam’
Jadi aku kena siapkan makan tengah hari. Oh, dan makan malam untuk mama sekali.
Lelaki tu? Pandai-pandailah dia hidup.
Kerja rumah aku kena buat semua.
Mama busy cari duit. Papa tiri aku tu pulak asyik melepak je memanjang. Sedang
aku memotong lobak, aku terasa seperti sesorang memelukku dari belakang. Mama?
Tak, mama tak tough macam ni. Ada orang salah masuk rumah ke? Dia meletakkan
dagunya di bahuku.
“Malam ni, you nak masak apa
untuk I?” bisiknya di telingaku.
Jantungku berdegup kencang. Aku
melihat wahnya perlahan-lahan. WHAT THE???!!! Himchan tersenyum. Dia ni dah
kenapa… buang tebiat ke apa? Aku dahlah tengah pegang pisau ni. Kang aku toreh
muka kau, baru tau! Ni yang rase macam gunung berapi nak meletup ni.. aku terus
meleraikan pelukannya dan menolaknya ke belakang.
“Woow..woow.. hesy, apa ni you..
its dangerous.” Dia terus mencengkam tanganku dan mengambil pisau dari
tanganku. Dia memeluk pula pinggangku dengan kemas. Mukanya dirapatkan dengan
mukaku. *PPangggg!!!* aku tersenyum puas… ohh, good.. akhirnya aku dapat tampar
mamat sewel ni. Padan muka kau, hari ni kau makan penangan superb aku.. Himchan
meletakkan sebelah tapak tangannya dipipi yang ku tampar tadi dan melihatku
dengan api yang membara pada bola matanya. Dia memegang pergelangan tanganku
erat dan menarikku. Aku cuba menggigit tangannya, namun tak berjaya. Dia
terlalu kuat untuk aku lawan. Aku meronta-ronta, entah bagaimana pergelangan
tanganku terlepas daripada pegangannya. Aku terus berlari masuk ke bilik dan
dia mengejarku. Belum sempat aku menutup pintu bilik dia sudah menolak pintu
bilik dengan kuat sehingga aku terdorong ke belakang. Arhh.. sekarang baru aku
sedar. I had made a wrong move. Kenapa aku lari masuk bilik? Sebab bilik
sekarang ni langsung tak boleh membantu. Kenapa tak lari keluar rumah??? Ahhh!
Dia terus masuk ke bilikku.
Himchan terus mencampakku ke katil dan mengunci pintu bilik. See?? I’m traped!
Habislah.. tamatlah riwayat aku sekejap lagi. Mesti badan aku berbirat dengan
kesan tali pinggang. Mesti tali pinggang dia hinggap kat badan aku. Mama! Mama!
Dia terus meluru ke arah ku dan mendakapku. Aku tak fikir apa-apa, apabila tanganku
tercapai lampu tidur yang agak berat, aku terus memukulnya. Mungkin aku pukul
kuat sangat, dia tidak sedarkan diri. Yohoo.. aku hebat! Peluang ini aku
gunakan untuk larikan diri. Aku melilau memandang sekeliling. Aku berlari ke
arah pintu dan aku cuba memulas tombolnya tapi hampa, dia benar-benar mengunci
pintu bilik ini. Aku cuba mencari kunci yang terjatuh di lantai tapi tidak
jumpa. Himchan mula sedar. Oh, Panik. Aku terpandang tingkap. Ah lantaklah.
Asalkan aku keluar dari sini. Nasib baik muat, aku terus berlari menuju masuk
ke dalam hutan di belakang rumahku itu. Aku takut. Air mataku mengalir deras.
Pelbagai persoalan berada di fikiranku. Aku terus berlari walaupun petang itu
gerimis.
Tubuhku basah kuyup. Terasa
sejuk mencengkam ke tulang. ‘Kenapa dengan papa tiri aku tu? Otak dia dah
terbalik ke? Tiba-tiba aje serang aku macam tu.’ Aku berhenti sebentar dan
duduk di bawah sebatang pokok. Aku menangis lagi. Aku teringat papa.
“Kenapa papa tinggal Eunhee?
Kenapa Eunhee kene hidup dengan himchan sewel tu? Kenapa Eunhee? Kenapa?
Kenapa? Eunhee tak suka semua ni!”
*GGRRRRR* tiba-tiba aku
terdengar bunyi. Entah binatang apa yang berbunyi petang-petang macam ni.. buat
aku takut je. Aku berdiri lalu berlari anak daripada tempat itu namun bunyinya
semakin kuat. Aku terdengar pula bunyi seperti ngauman harimau. Aku mula berasa
amat takut. Aku menambah kelajuan larianku tapi bunyi itu kedengaran semakin
kuat seolah-olah binatang itu sedang mengejarku di belakang. Aku memandang
belakang. Terkedu. Kaki ku pula tersadung akar pokok dan terjatuh meniarap.
Sakit tu memang sakitlah. Aku memusingkan badan. Seekor harimau yang besar dan
berwarna merah menerkamku. Tapi, dia hanya memerhatikanku dengan garang. Kejap,
merah??? Pelik dan menakutkan! Aku menutup mata sambil bibirku terkumat-kamit
meminta agar harimau itu tidak memakanku. Tapi… walaupun aku tidak membuka
mata, aku merasakan perubahan saiz binatang yang di atasku ini.
“Urmmm, laparlah..”ucap satu
suara. Suara siapa pulak? Aku membuka mata perlahan-lahan. Fulllaaammaakkk!!
Siapa pulak lelaki rambut merah ni? Asal dia yang kat atas aku? Bukan tadi
harimau ke? Aku cepat-cepat menolak lelaki itu ke tepi dan dan menyorok di
belakang pokok sambil mengintai lelaki itu. Lelaki itu duduk sambil
mengerdipkan matanya berulang kali. Dia nak buat mata blink blink ke? Aku
meraba-raba untuk mencari kayu atau batu untuk menjadi perisai. Tapi, yang
hanya kukesan ialah daun kering. Lelaki itu ternampak aku dan merangkak ke
arahku. Alamak, dia datang. Aku menyeluk kocek bajuku untuk mencari sesuatu
yang boleh dicampak kepadanya. Aku terpegang bungkusan gula-gula susu dan tanpa
berfikir panjang, aku terus campak bungkusan itu kepadanya. Dia terus menghidu
bungkusan tersebut dan bermain-main dengannya. Dah macam kucing pulak aku
tengok. Oh iye, dia kan Big Cat. Aku hanya memerhatikan gelagatnya dari jauh.
Dia menggigit-gigit bungkusan itu. Alololoh.. dia tak reri ke nak makan
gula-gula? Tiba-tiba perutnya berbunyi. Aku tergelak kecil.
“laparlah..” katanya sambil
membuat muka.
Hesy. Sian plak. Meh aku tolong
bukakan gula-gula tu. Aku perlahan-lahan bergerak ke arahnya.
“A.. aw.. awak janji tak makan
saya..” aku kata sambil menunjukkan jari kelingkingku.
“Urmmm..”balasnya sambil
tersenyum. Tapak tangannya diletakkan di atas jari kelingkingku. Sekali lagi
aku tergelak sambil menggelengkan kepala. Dia ni alien eh? Benda ni pon tak
tahu? Aku mengambil tangannya dan mengaitkan jari kelingkingnya pada jari
kelingkingku. Aku bukakan bungkusan gula-gula susu tersebut dan menghulur padanya.
Dia menghidu-hidu gula-gula tersebut lalu menjilatnya. Lahhhh, habis tapak
tangan aku dia jilat sekali. Ngeeee… nasib baik dalam kocek aku ada beberapa
lagi bungkus gula-gula. Boleh aku makan nanti.
“Awak se..se..sebenarnya siapa?
Nama.. awak?” tanyaku.
“Ermm, saya Yongguk. Bang
Yongguk.. sebenarnya… saya ni harimau jadian. Bila ada cahaya matahari, saya
akan jadi harimau. Waktu malam.. saya jadi manusia.” Selamba dia menjawab.
Lantaklah dia spesies apa pon. Asalkan dia boleh temankan aku malam ni. Aku tak
nak balik jumpa papa tiri aku tu.. tapi…. Aku rindu mama! Mesti mama risau..
malam semakin gelap dan aku semakin mengantuk. Aku hampir tertidur. Tiba-tiba
terasa badanku diangkat. Yongguk mengangkatku dan meletakku berdekatan dengan
sebatang pokok. Dia membelai lembut rambutku kemudian tanpa kusangka, dia
mencium perlahan pipiku. Yongguk kemudiannya duduk disisiku sambil bersandar
pada pokok tersebut. “Eunhee.. awak mesti tak ingat saya kan?”katanya dengan
sedih. Aku membuka sedikit mataku untuk melihat reaksinya. Air matanya mengalir
perlahan di pipinya. Aku rasa serba salah. Macam mana dia tahu nama aku Eunhee?
Aku kenal dia ke sebelum ni? Kenapa dia sedih sangat? Kemudian, semuanya
menjadi gelap..
-----------------------------------------
* To Be Continued *