Aku membuka mata dan dapati aku
masih di hutan itu. Apa dah jadi? Mana Youngjae? Daehyun? Aku bangun dan
meneruskan perjalanan di hutan itu. Aku terdengar bunyi air. Aku pergi ke arah
bunyi itu dan memang ternyata ada air terjun di situ! Aku menanggalkan gelang
tanganku dan meletaknya di atas batu di sebelah ku. Aku basuh mukaku. Memang
sejuk dan menyegarkan! Tiba-tiba gelangku terjatuh ke dalam air.
“Alahh, macam mana ni?” kata ku
sendirian. Aku mula menangis kerana mama yang berikan aku gelang ini. Aku cinta
gila kat gelang ni. Air mataku jatuh ke dalam air. Tanpa fikir panjang, aku
terus terjun ke dalam tasik itu. Malangnya, tasik itu lebih dalam dari yang aku
sangka. Kakiku tersangkut pada akar-akar pokok dalam tasik itu. Aku panik. Aku
meronta-ronta minta pertolongan. Habislah.. bukan ade orang nak tolong pon...
mati lemas lah aku jawabnya.. Badanku semakin lemah. Banyak air yang masuk ke
hidung dan mulut ku. Aku tak sedarkan diri.
Sedar-sedar aje, ada seorang lelaki
mendekatkan mukanya pada mukaku. Terlalu dekat sehingga aku terasa seperti
tidak cukup oksigen. Aku pon menolaknya sekuat hati. Lelaki itu terjatuh masuk
ke tasik. Dia berpaut di sebalik batu besar. Aku terbatuk-batuk dan banyak air
keluar dari mulut ku.
“Woi..! kau nak ambil kesempatan
pada aku eh?!” kata ku geram. Aku masih terbatuk-batuk.
“Tak! Tadi awak lemas.. saya
cuma… arr, saya cu.. cuba! Haah, saya cuba selamatkan awak je. Maaf kalau saya
buat awak terkejut. Aarr, saya cuma nak beri.. beri bantuan.. bantuan
pernafasan aje kat awak.. awak nampak lemah sangat tadi..” jawabnya. Aku
teringat tentang gelang ku. Aku sebak, Ahh.. gelang tu..
“Hei, kenapa ni..?” tegurnya.
Dia berenang mendekatiku.
“Eunhee… cakaplah.. mana tahu
saya boleh tolong? Hmm?” katanya.
“Awak siapa? Macam mana awak
tahu nama saya?” tanyaku terkejut.
“Saya… Moon Jongup. Salam
perkenalan. Err, awak betul-betul tak ingat saya ke?” tanyanya.
“Errr, kita pernah jumpa ke?”
tanyaku balik. Mamat ni dah kenapa? Siapa dia ni? Cara dia cakap macam aku
kenal dengan dia je. Ke.. dia memang kenal aku? Tapi, sumpah aku tak cam
langsung muka dia.
Dia tidak menjawab pertanyaan
ku.
“Kenapa awak nampak sedih
tadi..? macam nak nangis je. Beritahulah.. mungkin saya boleh tolong..”
tanyanya bersama senyuman.
“Gelang saya jatuh dalam tasik
ni..” jawabku seraya menunjuk ke arah tasik di depan ku.
“Ohh,, saya tolong ambilkan..”
kata Jongup. Dia menyelam ke dalam air dan aku terpanar. Bukan kaki manusia
yang aku nampak tapi.. ekor ikan yang agak besar, indah warna biru keunguan,
dan bersinar apabila terkena cahaya matahari. Dia.. dia.. ikan duyung ke? Aku
cuba menahan gelak agar tidak menggores hatinya. Badan dia tough… tapi… ugh,
ekor ikan.
Jongup muncul di permukaan.
“Ni ke gelang awak?” tanyanya
sambil menunjukkan gelang emas. Membulat mataku. Gelang emas?? Cepat-cepat aku
menggelengkan kepala. Ada jugak orang tercicir gelang emas kat sini.. cuai
betul. Dahlah mahal.
“Tak.. gelang aku gelang manik
biasa je..” kata ku. Jongup menyelam kembali. Sekali lagi aku menahan gelak
melihat ekornya. Setelah beberapa saat, Jongup timbul lagi di permukaan tasik.
“Ini eh?” tanyanya. Kini, dia
menunjukkan gelang perak pula. Esy, kat bawah sana tu ada harta karun ke? Pelik
aku..
“Takkkk.. Gelang aku.. gelang
MANIK je.”
“So, bukanlah..” Jongup menyelam
kembali. Kali ini aku terpaksa menggigit bibir pula. Aku ni, dah sakit hati tengok ekor dia.. eeh,
dia makin galak pulak tenggelam timbul. Aku goreng baru tahu. Sejak itu, banyak
kali Jongup timbul dan menanyakan soalan yang same dengan setiap gelang yang
berlainan dan semuanya bukan gelang milik ku. Memang sah kat bawah tu ada harta
karun. Jongup ni… tak pernah ke dia tengok macam mana gelang manik? Terlalu
banyak sangat sehingga aku menerangkan detail gelang aku tu. Well, aku cakap je
warna-warni sebenarnya. Aku pon bukan ingat warna apa yang ada.. huhuhu. Tak
apa Eunhee, sabar.. sabar..
“Ini gelang awak kan?” tanya
Jongup sambil mengajukan gelang manikku.
“Yesssss! Akhirnya kau jumpa
jugak gelang aku ni..” kata ku sambil memeluk Jongup. Wait, What???!! Aku
cepat-cepat melepaskannya.
“Sorry,, tak sengaja..” ujar ku.
Terasa pipiku agak berbahang. Ughh, apa ni Eunhee? Aku menyarungkan gelang itu
ke pergelangan tangan ku. Dapat ku lihat muka Jongup yang kemerahan.
“Terima kasih sangat-sangat.
Kalau kau tak ada, tak tau lah aku boleh jumpa lagi ke tak dengan gelang
kesayangan aku ni..” kata ku.
“Ermm, awak i.. i.. ikan
duyung?” tanya ku perlahan. Suara ku seolah-olah tidak keluar. Jongup hanya
merenung ku dengan wajah yang muram. Dia tidak menjawab pertanyaan ku.
“Oleh sebab awak sabar dengan
apa yang telah terjadi… ini hadiah untuk awak..” Jongup terus memakaikan gelang
manik persis seperti milikku tetapi kelihatan lebih indah.
Aku memandangnya. Muka Jongup
semakin muram. Tiba-tiba semuanya menjadi gelap. Eh, apa nihh?? Dia tutup mata
aku ke? Dia kidnap aku?? Dia jahat ke? Tapi, gaya dia macam dia pernah rapat
dengan aku dulu.. Urrrr, Moon Jongup! Siapa kau sebenarnya?!
-----------------------------------------

No comments:
Post a Comment